|
PEMINAT setia TV9 pasti tidak merasa hampa dengan barisan rancangan bermutu yang disiarkan menerusi saluran ‘dekat di hati’ ini. Seiring dengan usaha stesen ini untuk mendekati penonton di kalangan remaja dan pasangan muda, TV9 memperkenalkan dua rancangan percintaan yang disuntik dengan pelbagai pengajaran serta cabaran hidup berguna khas untuk tatapan semua. |
Terbaru, rancangan dari seberang, Aqso & Madina menghiasi slot Mutiara Hati bermula 18 Mac lalu dan Duda & Dara yang disiarkan sejak awal Februari lalu.
Selepas drama bersiri, Assalamualaikum Cinta, yang mengisi ruangan Mutiara Hati mendapat sambutan menggalakkan di kalangan peminat drama Indonesia, slot ini diteruskan lagi dengan sebuah drama bersiri terbaru menyentuh hati, Aqso & Madina.
Membariskan pelakon seperti Dude Harlino, Marshanda, Carissa Putri dan Wingky Wiryawan, siri ini dijangka menjadi fenomena di kalangan peminat seperti rancangan yang disiarkan sebelumnya.
Seperti diketahui umum, Marshanda pernah membintangi drama bersiri Soleha yang juga disiarkan dalam Mutiara Hati dan pernah menjadi antara lima program terbaik di TV9.
Tambahan penonton pasti tidak ingin ketinggalan untuk menyaksikan pelakon yang membintangi Ayat-Ayat Cinta, Carissa Putri untuk menghiasi saluran TV9 dalam Aqso & Madina.
Aqso & Madina yang memulakan tayangan pertama pada 18 Mac lalu akan bersiaran pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 5.30 petang.
Drama bersiri terbaru ini mengisahkan keakraban dan keutuhan hubungan dua beradik iaitu Safira (Carissa Putri) dan Madina (Marshanda) yang terbabit dalam konflik cinta penuh cabaran. Kisah bermula apabila Safira bertemu jodoh dengan Pasha.
Adiknya, Madina pula jatuh hati pada adik Pasha iaitu Aqso yang juga meminatinya tanpa pengetahuan sesiapa, termasuk Safira. Ini menyebabkan Heri yang meminati Safira kecewa dan beralih arah untuk memikat Madina.
Menyedari Aqso berjaya mendampingi Madina, Heri melakukan pelbagai muslihat bagi memisahkan mereka.
Konflik bermula apabila Pasha terbabit dalam nahas pesawat dan dipercayai maut, walaupun mayatnya belum ditemui. Risau akan kesihatan Safira, ayah dan ibu mereka, Pak Ibnu Setiawan dan Ibu Rika Farihah bercadang menjodohkan Safira dengan Aqso.
Walaupun menyedari penghalang cinta mereka adalah Safira, Madina reda dan melepaskan Aqso meskipun dia merasa berat hati. Aqso pada mulanya tidak bersetuju, namun terpaksa akur dengan kehendak Madina yang ingin melihat kakaknya bahagia.
Segalanya terbongkar akibat perbuatan Heri yang cuba memisahkan Madina dan Aqso. Adakah Madina dan Aqso dapat mempertahankan cinta mereka? Atau adakah Heri berjaya mendapatkan apa yang diingininya?
Dapatkan Safira menerima kenyataan bahawa Aqso dan Madina pernah menjalin hubungan cinta? Segalanya pasti terjawab dalam Aqso & Madina yang ditayangkan di TV9, stesen pilihan ramai.
saya orang malaysia yang berbangsa india.walaupun saya agama hindu, saya amat suka menonton drama indonesia.dalam tayangan -tayangan indonesia yang saya tonton, drama yang paling saya suka ialah (aqso&madina).ini adalah kerana,drama ini telah memikat hati saya dan keluarga saya.saya amat meminati artis marshanda dan dude harlino dan saya rasa marshanda dan dude harlino amat secocok untuk berkahwin.kalau ayat saya tersinggung beberapa pihak saya mohon maaf ya.saya cuma beri pendapat saya tentang dua orang artis tersebut.SELAMAT BERJAYA MARSHANDA DAN DUDE HARLINO!
ReplyDeleteSesape tahu dimana boleh download aqsodan madina??
ReplyDeleteYoutube tak de ar..