Monday, March 30, 2009

Ashlee Simpson nafi rumahtangga berantakan

Ashlee nafi rumahtangganya dengan Pete kini sedang berantakan

PENYANYI Ashlee Simpson menafi sekeras-kerasnya bahawa perkahwinannyadengan 'rocker' Pete Wentz ketika ini ibarat retak menanti belah dan menegaskan 'segala-galanya adalah baik'.

Ashlee berkata demikian ketika mengulas laporan yang mengatakan pasangan tersebut sedang berdepan masalah rumahtangga apatah lagi Pete dilihat sering berparti sedangkan Ashlee sentiasa sibuk di rumah menjaga anak lelaki mereka, Bronx, berusia tiga bulan.

"Ashlee dan Pete sedang berantakan. Pete sering berseronok di luar sedangkan Ashlee hanya berada di rumah," kata sumber yang dipetik menerusi laporan Daily Express.

Namun begitu, jurucakap Ashlee menafikan dakwaan itu dengan mengatakan pasangan tersebut amat bahagia dan Pete akan pulang ke rumah mereka di Los Angeles sebaik bandnya selesai mengadakan siri konsert diAustralia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: