Saturday, March 28, 2009

Saya tahu siapa Julfekar


AZHARINA


PENYANYI bersuara serak-serak basah, Azharina Azhar atau mesra disapa Nina juga pernah menjadi anak didik Julfekar, malah namanya juga naik menerusi lagu Elergi Sepi ciptaan komposer berimej botak ini.

Menariknya, Azharina turut melalui episod yang sama dengan Fara apabila hubungannya dengan Julfekar pernah tegang seketika dan dia turut meninggalkan syarikat Millenium Art Sdn. Bhd. Keputusannya itu mengundang banyak cacian daripada pujian.

Bagi mendasari lebih lanjut isu kehilangan Fara, hanya Azharina merupakan orang yang tepat kerana dia juga pernah bekerja dan dididik oleh orang yang sama dengan Fara.

Nina tahu tentang kehilangan Fara?

Saya tidak tahu langsung, terkejut mendengar berita ini.

Nina pasti cukup kenal dengan Julfekar, bagaimana dengan Fara?

Saya kenal siapa Julfekar, cuma Fara saya kenal dia semasa pertandingan di RTM. Masa perkenalan kami agak singkat tetapi saya tahu dia orang yang baik.

Nina pernah duduk di bawah syarikat yang sama, mungkin Nina dapat agak sebab-sebab Fara meninggalkannya?

Saya tidak tahu sebabnya, mungkin sebab Fara tidak sama dengan saya. Saya keluar daripada syarikat itu pun hanya kerana menuntut hak dan pendirian saya sebagai artis, mungkin sudah tiada rezeki saya untuk bekerja bersama Julfekar. Saya pernah dicaci sebagai kacang lupakan kulit sedangkan sehingga hari ini saya tidak pernah lupa jasanya.

Tentang kehilangan Fara, adakah Nina rasa ada kaitan dengan kes 'terlalu' mengongkong, bagai yang diperkatakan?

Saya tak tahu. Lagipun saya sudah lama keluar daripada Millenium Art Sdn. Bhd. Saya juga tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak mahu bercakap panjang lebar kerana apa yang berlaku di luar pengetahuan saya. Saya hanya doakan yang terbaik buat mereka berdua.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: