AKTRES Bollywood Aishwarya Rai nampaknya enggan dirinya 'diabadikan'sebagai patung Barbie, atas dasar profesional terhadap kariernya.
Sebelum ini, wakil aktres berusia 35 tahun itu dikatakan sedang berbincang dengan pengeluar patung tersebut, Mattel, yang berhasrat untuk menghasilkan patung Barbie yang bersandarkan kejelitaan wajah aktres itu.
Namun, rundingan itu nampaknya tidak berhasil.
Sejak memenangi gelaran Miss World pada tahun 1994, Mattel telah berusaha untuk mengabadikan wajahnya pada patung popular itu. Namun, Ash dikatakan tidak dapat menunaikan hasrat tersebut kerana alasanyang sama seperti yang terbaru ini.
Namun begitu, sempena ulangtahun Barbie yang ke-50 baru-baru ini, Ash sekali lagi ditawarkan untuk menjadi selebriti Barbie.
"Mattel berminat untuk melihat Ash berjalan di acara Lakme Fashion Week dengan digayakan seperti Barbie di dalam rekaan istimewa, yangmana ia akan dilelong untuk sumbangan kepada badan kebajikan pilihannya sendiri," kata jurucakap Ash di dalam sebuah kenyataan.
Untuk acara itu juga, Ash tetap menolak kerana tidak mahu menyusahkan produksi filem yang sedang dijayakannya jika dia terpaksa meminta pelepasan masa semata-mata untuk hadir ke acara tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: