Saturday, March 28, 2009

Project Pop melawan arus


KUMPULAN PROJEK POP


MELIHAT senario golongan kanak-kanak menyanyikan lagu-lagu orang dewasa, membuatkan kumpulan Projek Pop tampil dengan idea baru dan melawan arus.

Umum mengetahui, baik di dalam mahupun di luar negara, golongan kanak-kanak tidak mempunyai banyak lagu yang bersesuaian dengan diri mereka.

Menurut salah seorang anggota kumpulan itu, Udjo, dia tidak mampu menerima hakikat bahawa terdapat kanak-kanak yang mendendangkan lagu-lagu orang dewasa.

"Seperti lagu daripada penyanyi popular, Ahmad Dhani yang berjudul Sedang Ingin Bercinta. Saya perhatikan banyak golongan sama yang menyanyikan lagu ini dan mengingati setiap bait liriknya.

"Hakikatnya lagu tersebut tidak bersesuaian dengan diri mereka yang masih belum mengetahui apa-apa tentang kehidupan bercinta dan alam kedewasaan.

"Saya berasa kasihan dengan mereka yang tidak mempunyai hiburan tertentu untuk mengisi aktiviti terluang," ungkapnya kepada detikhot baru-baru ini.

Kumpulan yang berasal dari Bandung itu sedang memikirkan konsep lagu bersesuaian untuk kanak-anak tanpa melupakan aspek komersial.

Setelah perbincangan dilaksanakan, lagu itu barangkali akan diselitkan dalam album Projek Pop selanjutnya.

"Idea penghasilan lagu untuk kanak-kanak memang bagus, namun kena ada individu tertentu yang memulakan langkah ini.

"Paling penting, kena berani melawan arus. Perkara ini harus dimulakan oleh setiap kumpulan atau penyanyi sedia ada.

"Penting untuk memberikan kepelbagaian kepada pendengar daripada golongan kanak-kanak," jelas Udjo memberikan pendapat peribadinya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: