DIA kelihatan polos dan seperti banyak berada di dalam dunianya sendiri.
Namun apabila dilontarkan dengan soalan-soalan berbaur umum, Juliana Sophie Johari Evans punya jawapan yang jujur dan tepat.
Petah bicara graduan Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Sunway ini. Jawapannya tidak hipokrit.
Dia yang senang digelar Sophie berdarah campuran Inggeris (ayah) dan Melayu (ibu). Dikenali secara lebih dekat selepas membintangi siri Kami The Movies, dia juga muncul dalam filem Hooperz.
Sebenarnya, menurut Sophie, selain berlakon dia juga menjadi pengacara.
Malah mulai April ini dia akan memulakan tugas sebagai pengacara Bintang RTM. Sedar tidak ramai orang tahu portfolionya sebagai pengacara, pencalonan untuk Anugerah Bintang Popular bagi kategori Pengacara Popular akan memberi satu dimensi baru kepada karier seni Juliana.
Sebelum program Remaja, gadis yang lahir pada 5 Julai 1989 ini pernah terlibat dalam program E-Zone dan Bintang Kecil Raya. Selain mengacara, Sophie akan terlibat dalam siri Ghost musim kedua sebagai pelakon undangan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: