Monday, March 2, 2009

Dengarnya...: Sandiwara yang tak menjadi


KISAH ini mengenai gelagat seorang lagi penyanyi dari program realiti TV. Mula-mula dulu, Cik Normah rasa simpati juga dengan penyanyi ini. Tapi sekarang sudah tak kuasa pula. Macam-macam cerita yang Cik Normah dapat fasal penyanyi ini, termasuklah ada yang mengatakan perangainya yang bagus itu sebenarnya untuk mengaburi orang saja, terutama wartawan.

Apa pun, penyanyi genit ini memang bertuah sebab dapat melahirkan album dan lagu-lagunya memang diminati. Dipendekkan cerita, dia nak bikin album lagi dengan kemewahan segera yang diperoleh, dia mampu memiliki apa yang diminati.

Lalu, dia dengan beriya-iya menyuruh bekas guru vokal yang pernah mengajarnya sewaktu berada di dalam pertandingan nyanyian yang disertainya untuk mencari material lagu terbaik di negara jiran kita. Didahulukan duit yang dimiliki daripada kekasihnya kepada cikgu itu demi membikin album. Kerana kasihan, cikgu vokal itu menurut saja kemahuan penyanyi itu.


Kerana tamak dan berhasrat nak makan duit kekasihnya, dikatakan kononnya album itu belum dibayar lagi kos pembikinannya. Taktik kotor penyanyi itu akhirnya memakan diri apabila satu mesyuarat diadakan. Tapi kerana nak tunjukkan sikap pura-pura baiknya, dia hanya berdiam saja seolah-olah tak tahu-menahu dan mengharapkan kekasihnya akan sanggup membayar kos membikin album itu.

Yang diharap tak menjadi, apabila kekasihnya tak mahu bertanggungjawab menanggung kos bayaran itu. Haa... kan padan muka. Yang cikgu vokal itu geram sebab penyanyi itu tidak mahu berkata-kata, sebaliknya hanya berdiam bersandiwara semata-mata. Baru kena buku dengan ruas. Khabar terbaru, Cik Normah dengar hubungannya dengan kekasih itu sudah berakhir. Tapi sekejap saja, sudah ada pengganti. Ligat juga artis genit ini ye.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: