Monday, March 2, 2009

Dengarnya...: Penyanyi suka buat 'drama'


CIK Normah tak tahulah nak cakap apa mengenai penyanyi ini. Orangnya comel dan berbakat, tapi sayangnya perangai diselaputi dengan tingkah laku yang kepura-puraan. Bahasa popularnya hipokrit. Kalau sebut mengenai perangai penyanyi ini, memang depan kita pijak semut pun tak mati.

Itulah, Cik Normah kalau berdepan dengannya memang penampilan penyanyi ini cukup bersopan. Tapi kalau kita perangainya sebenarnya, buat Cik Normah terfikir kesopanan yang ditunjukkannya hanyalah drama atau pura-pura saja.

Mulanya, Cik Normah sendiri tak percaya, tapi apabila kawan Cik Normah yang sesekali muncul memberitahu, di depan kita memang dia hebat berdrama, kononnya baik. Tapi, awas! Itu semua adalah lakonannya semata-mata.


Baru-baru ini, Cik Normah diberitahu dia ada mengusahakan sebuah syarikat. Alih-alih dan tak semena-mena Cik Normah dengar, syarikat lama yang kononnya adalah perkongsian murni dengan kekasihnya yang agak berumur sudah dihentikan. Sebelum ini, Cik Normah dengar ada yang cakap kekasihnya itu macam teman istimewanya. Tapi biasalah, takkan nak mengaku.

Kini selepas syarikat itu ditutup, lantas hubungannya dengan lelaki itu dikatakan berakhir. Selama ini, penyanyi itu memang dikatakan banyak bergantung hidup dengan lelaki yang dimaksudkan tadi. Sampaikan ada kisah yang kata sewa rumah pun dibayar oleh buah hatinya itu. Pada masa sama, penyanyi itu dikatakan mempermainkan perasaan rakannya yang sama-sama bertanding dalam program realiti itu. Kecoh jugalah kisah mereka.

Yang terbaru, apa yang Cik Normah dengar selepas syarikatnya ditutup dan hubungan dengan buah hatinya tamat, penyanyi ini khabarnya menjalinkan hubungan dengan orang lain pula. Seleranya masih sama tetap sukakan lelaki berumur. Cuma yang musykil kali ini, lelaki itu seperti menghadapi masalah yang Cik Normah rasa tak sesuai untuk ditulis. Cik Normah boleh katakan teman lelaki baru ini boleh tahan juga kaya orangnya.

Mungkin juga penyanyi agak daif hingga tak mampu bezakan yang lurus atau bengkok gamaknya. Atau mungkin duit sudah mengaburi dirinya hingga sudah tidak pasti mana betul dan salah. Tak apalah. Cik Normah nak tunggu sampai bila dia hendak berdrama.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: