Thursday, October 1, 2015

Porsche jawab dakwaan anak Paul Walker


Porsche jawab dakwaan anak Paul Walker

SYARIKAT pengeluar kereta Jerman, Porsche mendakwa kematian pelakon, Paul Walker dua tahun lalu adalah disebabkan pemanduan cuai dan kelajuan yang keterlaluan.

Menurut Dailymail, Porsche mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai respons kepada dakwaan anak perempuan Walker, Meadow yang mengatakan kereta yang dinaiki ayahnya mempunyai kekurangan dari segi keselamatan.

"Seperti yang kami beritahu sebelum ini, kami bersimpati dengan kejadian yang menimpa kepada pengguna Porsche, tetapi pihak berkuasa sudah menetapkan punca kematian disebabkan pemanduan cuai dan kelajuan melampau," kata wakil Porsche kepada CNN. 

Porsche bagaimanapun belum meneliti saman yang dikeluarkan oleh Meadow dan tidak mahu memberikan sebarang komen berkenaan kes saman berkenaan.

Saman tersebut mendakwa pihak Porsche tahu mengenai 'sejarah ketidakstabilan dan masalah kawalan' kereta jenis Porsche Carrera GT melalui sebuah dokumen yang dikeluarkan oleh TMZ, sebuah portal hiburan.

Paul Walker, 40 yang popular dengan francais filem 'Fast and Furious' maut pada 30 November, 2013 selepas kereta Porsche Carrera GT yang dinaiki bersama pemandu, Roger Rodas terbabas dan terbakar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: