Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira setengah jam setelah kepalanya tersepit di celah dinding rumahnya di Bandar Tasek Kesuma, Semenyih dekat sini, hari ini.
KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun terpaksa menahan sakit kira-kira setengah jam apabila kepalanya tersepit di celah dinding rumahnya di Bandar Tasek Kesuma, Semenyih dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi, mangsa Muhammad Izzul Sufi Zulkifli dikatakan sedang bermain di celah dinding di luar rumahnya dan kemudian gagal mengeluarkan kepalanya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Khairul Anuar Yaacob berkata lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 8.40 pagi.
"Kami terpaksa memecahkan sebahagian dinding bagi mengeluarkan kepala mangsa yang tersepit itu.
"Operasi itu selesai kira-kira pada pukul 9 pagi dan mangsa telah diserahkan kepada ibu bapanya," katanya ketika dihubungi Bernama.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: