Sunday, October 25, 2015

IPC bantu remaja dapatkan peluang pekerjaan



IPC bantu remaja dapatkan peluang pekerjaan
Madani mengambil gambar kenangan bersama pelatih IPC di ibu pejabat MAI, semalam.
LEBIH 5,000 remaja berjaya mendapatkan pekerjaan di bawah Program Industry Led Professional Certificate (IPC) yang dikelolakan Institut Automotif Malaysia (MIA).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Madani Sahari berkata, sejak diperkenalkan pada 2013, kebanyakan pelatih program diserap kepada lebih 50 buah syarikat automotif.

“Program IPC hasil kerjasama rapat MAI dengan pengusaha industri automotif tempatan agar latihan bermanfaat kepada pelatih.

“Program ini membantu industri tempatan mendapat pekerja berdaya saing dan cekap,” katanya di Majlis Meraikan Batch ke-100 IPC di MIA, Cyberjaya.

Menurutnya, tujuan program itu untuk memberi peluang kepada remaja yang tidak memperolehi sijil pengajian tinggi mendapat kerja di bidang automotif.

Pelatih dipilih daripada individu yang tidak bernasib baik untuk memasuki mana-mana institusi pengajian tinggi dan juga institut latihan yang ada di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: