Saturday, October 24, 2015

53,000 kunjungi Tmn Agro Teknologi Mardi Langkawi



Taman Agro Teknologi Mardi Langkawi
Taman Agro Teknologi Mardi Langkawi
LANGKAWI - Lebih 53,000 pelawat kebanyakannya pelancong dari negara Timur Tengah telah berkunjung ke Taman Agro Teknologi Mardi Langkawi dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Pengurus Mardi Langkawi Abdul Khadir Din berkata tahun ini, pihaknya mensasarkan lebih 100,000 pelancong dalam dan luar negara akan berkunjung ke taman itu, yang merupakan satu daripada produk pelancongan yang diwujudkan sejak 2005 di pulau bebas cukai itu.

Beliau berkata bagi mencapai hasrat tersebut, taman pertanian itu akan mempelbagaikan lagi aktiviti bagi menarik lebih ramai pengunjung antaranya memberi makan kepada rusa dan taman mini herba.

"Dengan cara itu, ia akan meningkatkan kemasukan pelancong ke taman yang terletak di mukim Ulu Melaka di sini bagi melihat aktiviti yang disediakan," katanya kepada Bernama hari ini.

Abdul Kadir berkata taman berkeluasan kira-kira 28 hektar itu turut ditanam dengan buah-buahan bermusim dan tidak bermusim seperti rambutan, anggur, limau, belimbing, betik, mangga dan jambu.

"Pelancong yang berkunjung ke taman ini dapat menikmati buah-buahan tempatan di samping menikmati suasana tenang dan segar di sekitar taman ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: