Sunday, October 25, 2015

Leonardo DiCaprio Terpaksa Makan Hati Haiwan Mentah




- Foto AP
PELAKON Leonardo DiCaprio mengakui terpaksa makan hati haiwan yang masih mentah bagi menjayakan beberapa babak dalam filem terbaharunya berjudul The Revenant.
Jelas pelakon Titanic itu, ia adalah cabaran paling sukar kerana dia tidak pernah memakan makanan mentah terutamanya hati.

Selain itu, Leonardo berkata lebih 30 cabaran yang terpaksa dihadapai bagi menjayakan watak Hug Glass iaitu seorang yang hidup pada abad ke-19.

"Saya boleh buat kiraan cabaran dalam menjayakan filem ini lebih daripada 30. Antaranya ialah terpaksa keluar masuk sungai yang sedang membeku, tidur di bangkai haiwan dan makan makanan mentah yang menjijikan," ujarnya.

Bagaimanapun, Leonardo berkata, apa yang dilakukan itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: