BEKAS peserta program American Idol, Adam Lambert menyangkal dakwaan dia bermusuhan dengan penyanyi Demi Lovato gara-gara namanya dibuburkan daripada menyertai konsert jelajah wanita berkenaan.
Adam menerusi laman Twitter miliknya menjelaskan dia tidak mempunyai masalah dengan Demi mahupun penyanyi Nick Jonas yang menggantikan tempatnya.
"Langsung tiada percakaran di antara saya, Demi mahupun Nick. Mengapa perlu mengambil peduli terhadap berita tidak benar," tulisnya.
Terdahulu timbul gosip mendakwa penyanyi berusia 33 tahun itu kecewa apabila namanya digugurkan daripada konsert jelajah itu.
Pengurus Demi dikatakan telah menasihatkan penyanyi itu berbuat demikian dan menjemput Nick yang juga artis dibawah pengurusannya.
Sumber lain pula memberitahu, Adam berang dengan pertukaran berkenaan dan menganggap ia sebagai tidak profesional.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: