Friday, October 23, 2015

Amir (Ukays) Terus Berentap Di Gegar Vaganza Jika Tidak Dipanggil Polis




Amir akan terus beraksi di Gegar Vaganza 2.
PETALING JAYA: Penyanyi Amir (Ukays) tidak digugurkan dalam Gegar Vaganza 2sebaliknya akan terus menyertai pertandingan itu bagi minggu kedua yang akan bersiaran di Astro Ria pada Ahad ini.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, ia bagaimanapun bergantung kepada keadaan sekiranya penyanyi itu tidak dipanggil oleh pihak polis bagi urusan berkaitan kes tersebut.

"Setakat ini Amir masih lagi peserta Gegar Vaganza 2, tetapi saya tidak boleh mengesahkan sama ada dia akan ada atau tidak pada Ahad ini.

"Ia bergantung kepada faktor sekeliling dan itupun jika dia tidak dipanggil untuk urusan siasatan kerana kes dia masih lagi dalam siasatan," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai penahanan Amir atau nama sebenarnya Mohd Amir Muhammad, 46, selepas kejadian ditahan polis atas tuduhan memiliki senjata api kira-kira pukul 1.45 pagi Rabu lalu.

Bagaimanapun, penyanyi itu dibebaskan dengan jaminan polis pada petang hari yang sama sementara menunggu pihak polis menyiapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Peguam Negara sebelum diputsukan sama ada dia perlu didakwa atau sebaliknya.


Raqim Ahmad, Pengurus Saluran Astro Ria.

Pistol berkenaan dikatakan sebagai pistol palsu milik anaknya yang diletakkan di dalam kereta untuk kegunaan menembak cicak.

Dalam pada itu, Raqim berkata, penyanyi tersebut masih meneruskan latihan vokal dan akan menyampaikan lagu berjudul Cinta Dan Air Mata pada persembahan Ahad ini.

"Saya percaya dia meneruskan latihan vokal sendiri di rumah untuk beraksi pada minggu kedua ini," ujarnya.

Selain Amir, seramai 11 lagi peserta yang bakal berentap adalah Nassier Wahab, Azian Mazwan Sapuan, Faradhiya, Ezylnn dan Siti Nordiana.

Turut serta Acong (Sweet Child), Sheeda, Nizam (Laksamana), Haiza, Zul (Handy Black) dan  Ezad Lazim.

Gegar Vaganza
 musim kedua akan bersiaran secara langsung dari Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ia turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: