Friday, October 30, 2015

Polis Evo raih kutipan RM17.3 juta



Polis Evo raih kutipan RM17.3 juta
Filem Polis Evo yang menampilkan lakonan hebat Shaheizy Sam dan Zizan Razak.
FILEM Polis Evo telah mencatat sejarah dunia perfileman Malaysia apabila berjaya mengutip RM17.3juta selepas 42 hari ditayangkan di 83 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei. 
 
Filem yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan karya asal oleh produksi Astro Shaw iaitu Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf ini berjaya mencatat rekod sebagai filem tempatan paling laris dalam perfileman negara, sekali gus memecah rekod kutipan tiket paling tinggi yang dipegang filem ‘The Journey’ terbitan Astro Shaw, yang pernah meraih RM17.28 juta pada tahun 2014. 
 
 
Menurut Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, meskipun industri perfileman tempatan mengalami masalah kutipan tiket yang suram di pawagam, namun masih ada beberapa karya mampu dibanggakan. 
 
"Pihak Astro Shaw, termasuklah pelakon dan pekerja filem merasa bersyukur dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia serta rakan media yang sentiasa menyokong dan meletakkan filem Polis Evo di kedudukan rating tertinggi menerusi kutipan pecah panggung terbesar sepanjang zaman," katanya dalam satu kenyataan. 
 
Filem  yang mula ditayangkan pada 17 September 2015 lalu dan masih ditayangkan di 71 pawangam mengisahkan tentang dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah. 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: