PETALING JAYA: Pengarah Faisal Ishak tidak menghadapi cabaran sukar untuk mengarahkan filem Juvana 2 kerana karya tersebut sudah sebati dengan dirinya.
Faisal sebaliknya berkata, dia cuma perlu memastikan plot dan jalan cerita ditampilkan segar agar tidak mengulangi naskah terdahulu dalam menarik minat penonton.
"Juvana sudah sebati dengan diri saya sejak mengarahkan drama bersirinya pada 2011 dan tidak sukar menghasilkan filem ini.
"Saya dan penulis cuma perah otak untuk memastikan jalan cerita untuk Juvana 2 ini mempunyai kelainan agar dapat menarik minat penonton ke pawagam," katanya kepadamStar Online.
Juvana 2 menampilkan barisan pelakon seperti Johan As'ari, Pekin Ibrahim, Zahiril Adzim, Adam Shahz dan Sheira Ayob.
Ia mula ditayangkan di pawagam bermula 29 Oktober (hari ini).
Dalam pada itu, Faisal berkata, dia juga tidak mempunyai masalah dengan barisan pelakon kerana masing-masing sudah tahu akan karekter mereka.
Bagaimanapun katanya lagi, dia tidak mengambil mudah akan perkara itu dan memastikan semua pemain memberikan persembahan terbaik.
"Saya bertuah kerana semua pelakon saya sudah kenal dan kami sudah faham di antara satu sama lain, ia memudahkan.
"Cuma saya sentiasa pastikan mereka memberikan persembahan terbaik agar ia dapat meninggalkan kesan kepada penonton," ujarnya.
Sementara itu, Faisal berkata, dia berharap Juvana 2 akan menjadi 'trending' dikalangan pengikut setia dan dapat menarik peminat baharu.
Malah dia berharap Juvana 2 dapat menjadi panduan kepada ibu bapa dan kepada golongan remaja itu sediri dalam membezakan baik dan buruk dalam pergaulan seharian.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: