Saturday, October 24, 2015

Nelayan jumpa ular tedung selar dalam stor



Nelayan jumpa ular tedung selar dalam stor
Anggota JPAM berusaha menangkap ular tedung selar yang dijumpai dalam stor menyimpan peralatan menangkap ikan.
SERI MANJUNG - Seorang nelayan terkejut menemui seekor ular tedung selar dalam stor menyimpan peralatan menangkap ikan miliknya di Kampung Kong, Batu 1 Lumut, petang Selasa lalu.

Anggota Sukarela Tugas Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Manjung, Mohd Hafez Mohd Yusof berkata, ketika kejadian pada jam 5.40 petang itu, nelayan terbabit sedang bersiap-sedia untuk turun ke laut sebelum menyedari kehadiran reptilia berbisa berkenaan.

Menurutnya, ular berkenaan bagaimanapun cuba lari menerusi tingkap stor berkenaan.

“Rakan nelayan itu segera menghubungi JPAM bagi meminta pertolongan menangkap ular tersebut.

"Usaha menangkap ular sepanjang hampir empat meter ini agak sukar kerana ia bertindak agresif. Namun akhirnya masuk juga ke dalam perangkap," katanya.

Beliau berkata, ia kes pertama yang melibatkan ular tedung selar atau lebih dikenali sebagai King Cobra di daerah ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: