SHAH ALAM: Program Gegar Vaganza 2 minggu kedua memperlihatkan tiada penyingkiran pada konsert yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada malam Ahad.
Pengurus saluran Astro, Raqim Ahmad berkata, keputusan itu dibuat pihak produksi selepas melihat kesemua 12 peserta yang bertanding memberikan persembahan mantap dan layak untuk terus ke minggu ketiga.
"Selepas melihat persembahan bertenaga daripada semua artis pada persembahan minggu ini, pihak kami melihat mereka semua layak untuk meneruskan ke minggu seterusnya.
"Tambahan pula melihat kepada sambutan peminat yang cukup luar biasa sehingga MBSA tidak mampu menampung kehadiran penonton," katanya.
Bagaimanapun kata Raqim, pada persembahan minggu hadapan akan ada penyingkiran memandangkan Gegar Vaganza hanya akan berlansung selama lapan minggu sahaja.
Dua belas peserta yang bertanding adalah Amir Ukays, Acong Sweet Child, Nizam Laksamana, Nassier Wahab, Ezad Lazim dan Zul Handy Black.
Manakala Haiza, Sheeda, Siti Nordiana, Ezlynn, Azian Mazwan Sapuan dan Faradhiya.
Kesemua peserta pada malam itu mengadakan persembahan menerusi tema yang diberikan iaitu 'Aku dan Lagu'.
Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim bertindak sebagai juri profesional manakala Datuk M Daud Kilau sebagai juri jemputan.
Raja Gelek itu juga turut mengadakan persembahan pembukaan pada acara berkenaan.
Gegar Vaganza disiarkan secara langsung menerusi pada setiap hari Ahad pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: