Abd Ghani (kiri) mengiringi Presiden Kesatuan Pegawai Eksekutif Fama, Syawal Rashid menyampaikan pampasan insurans kelompok takaful sebanyak RM5,000 kepada Noraziah Murad, balu kepada kakitangan Fama, Allahyarham Shariff Salim, baru-baru ini.
SEREMBAN - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Negeri Sembilan menasihatkan penjawat awam terutama ahlinya supaya mengambil skim insurans.
Setiausahanya, Abd Ghani Zainudin berkata, langkah itu penting bagi jaminan masa depan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini pada mereka.
Menurutnya, kepentingan mempunyai polisi insurans tidak dapat disangkal lagi berikutan banyak faedah diperolehi terutama membabitkan keluarga.
“Berdasarkan pemerhatian, masih ada yang mengambil mudah dan tidak mengambil langkah sewajarnya untuk memiliki polisi insurans. Jadi, setiap ahli Cuepacs dan penjawat awam perlu sedar kepentingan memiliki dan mempunyai skim insurans," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: