Sunday, October 25, 2015

Syaiful Zero Batal Masjlis Resepsi Kerana Isteri Hamil




Syaiful Zero
PETALING JAYA: Pelawak Syaiful (Zero) memberitahu terpaksa membatalkan hasrat untuk mengadakan majlis persandingan selepas isterinya Ashura Rudy kini disahkan hamil dua bulan.
Syaiful atau nama sebenarnya Mohd Syaiful Bin Doli Sharif, 26, berkata, mereka akan meraikan kedua-dua pihak keluarga dalam sebuah majlis kenduri secara kecil-kecilan selepas semua urusan berkaitan kerjaya dan rumah yang musnah dijilat api pada 17 Jun lalu selesai.

"Majlis resepsi mungkin tidak ada kerana sekarang isteri saya sudah hamil dua bulan, manakala saya pula sibuk dengan beberapa urusan kerja.

"Selain itu, rumah kami yang terbakar juga masih belum siap dibina semula. Isya-Allah kalau semuanya selesai dan ada tarikh yang sesuai kami akan mengadakan kenduri doa selamat sahaja," ujarnya kepada mStar Online.
Syaiful bersama isterinya Ashura Rudy yang bernikah pada 24 Julai lalu.

Syaiful sah bergelar suami kepada kekasih hatinya, Ashura Rudy pada 24 Julai lalu di Surai Kampung Pantai Bahagia, Kudat Sabah.
Sementara itu, ditanya tentang perkembangan keluarga mereka di Sabah selepas insiden kebakaran, Syaiful berkata, ibu dan adik beradiknya kini menetap di Kuala Lumpur bersama mereka.
Syaiful berkata, buat masa ini dia terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur ke Sabah bagi bertemu isteri dan menyelesaikan hal berkaitan rumah.

"Ibu dan adik-adik kami sekarang pindah tinggal bersama kami di sini sementara rumah baru siap. Isteri saya pula tingga bersama keluarganya di Sabah, jadi saya terpaksa berulang alik untuk bertemunya. Jika saya ada cuti lebih empat hari saya akan balik ke Sabah.
"Saya tidak boleh bawa isteri ke sini kerana perlu menyelesaikan beberapa perkara berkaitan paspot kerana bukan warganegara Malaysia.
"Selain itu, tapak rumah kami yang terbakar sudah ditambak untuk dibina rumah yang baru. Kami buat rumah kayu sahaja kerana rumah batu tidak sesuai dibina di tepi pantai," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syaiful bersama adiknya Mohd. Kadir Doli Sharif, 24, bakal berentap dalam program Juara Parodi yang bakal bersiaran pada setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) bermula 6 November depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: