KUALA LUMPUR: Seramai 200 selebriti akan menjayakan konsert Wings 30 Tahun yang akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 31 Oktober ini.
Vokalisnya, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 47, berkata, antara selebriti yang akan hadir ialah Datuk AC Mizal, Zizan Razak, Afdlin Shauki, Nora Danish dan Ramlah Ram.
Katanya, kesemua artis itu akan dibawa ke stadium menaiki perkhidmatan bas Hop-On Hop-Off sebagai gimik konsert tersebut.
"Konsert Wings 30 Tahun akan menjadi sebuah acara yang akan diingati ramai. Sebab itu saya tampilkan kira-kira 200 selebriti menyaksikan konsert kami.
"Penampilan mereka ini akan memeriahkan suasana terutamanya kepada peminat Wings yang turut boleh bertentang mata dengan artis-artis lain," katanya kepada mStar Online.
Awie ditemui pada sidang media sambutan ulang tahun ke 30 Wings dan konsert Wings 30 Tahun di Swiss Garden Residence di sini pada petang Khamis.

Selain itu, sembilan orang penyanyi akan terlibat pada persembahan tribute pada pukul 8 malam sebelum konsert Wings dimulakan sejam kemudian.
Persembahan tribute itu akan menampilkan sebanyak sembilan penyanyi iaitu Ella, Ito (Blues Gang), Datuk Hattan, Azlan The Typewriter, One Nation Emcees, Datuk M.Nasir, Elizabeth Tan, Andy (Flop Poppy), Bila (AF 2015), Saiful Apek dan Yassin.
Mereka juga akan diiringi barisan pemuzik profesional iaitu Hillary Ang (gitar), Rody Kristal (gitar), Paei (dram), Fly (bass), dan Lee Tse Wan.
Sementara itu mengenai persembahan Wings pula, Awie berkata, kumpulannya akan membahagikan persembahan kepada tiga segmen.
"Kami akan tampil tiga segmen iaitu versi 1980-an, 1990-an dan 2000 dengan menampilkan sebanyak 30 buah lagu.
"Malah kami juga akan memakai kostum khas berwarna warni bersempena konsert ini.
"Beberapa gimik persembahan juga dirancang yang antaranya ialah persembahan khas dari semua ahli yang pernah menganggotai Wings iaitu Jojet, Mel, Mus May dan Sham," tuturnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: