Monday, October 26, 2015

Rita Rudaini pertahan diri


Rita Rudaini

AKTRES Rita Rudaini tidak menunggu lama untuk memberi kenyataan balas sekali gus mempertahankan diri selepas disindir oleh bekas suaminya, Aidil Zafuan sama ada dia mahu mempertahankan maruah atau inginkan duit.
Menurut Rita menerusi akaun Instagram miliknya, pihaknya sudah pun memberi surat kepada pihak Aidil untuk menjelaskan wang mutaah tersebut selepas diperintahkan mahkamah.

“Betul ke tak dapat surat? Memang saya perjuangkan maruah. Bila wartawan tanya sama ada saya, pihak sebelah sana dah bayar atau belum, tak kan saya nak jawab dah walaupun belum.

“Saya hanya bercakap perkara yang betul,” ujarnya yang turut berkongsi gambar surat berkenaan.

Turut membidas segala kenyataan Aidil di mahkamah sebelum ini, Rita juga turut meminta Aidil tidak cepat lupa diri dan bercakap terus kepadanya berbanding menggunakan medium laman sosial.

Rita juga turut menyindir sesetengah pengikutnya yang sanggup membuat akaun Instagram palsu, semata-mata untuk membidas dan meninggalkan kata-kata kesat kepadanya.

Menerusi kenyataan Aidil di akaun Instagramnya, dia berhak melangsaikan wang mutaah berjumlah RM30,000 secara ansuran mahupun sekali gus kepada bekas isterinya, selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, 5 Oktober lalu.

Selain itu, Aidil turut menyatakan dia belum menerima perintah bertulis berhubung perkara itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: