Syarikat pengurusannya, Red Brick memberitahu pelakon itu sudah menamatkan latihan ketenteraan secara rasmi pada 16 Oktober lalu selepas disahkan mengalami kecederaan parah di lutut dan perlu berehat.
"Dia mengikuti latihan pada 31 Mac dan menderita sakit lutut serius dan sudah menjalani pembedahan di lutut kirinya.
"Perkara itu memerlukan Choi mendapatkan rawatan teliti dan menyukarkan dia untuk meneruskan latihan ketenteraan wajib negara itu," ujarnya.
Rawatan berkala yang diperlukan serta proses pemulihan yang dijalaninya mengecualikan dia meneruskan latihan tersebut atas alasan kesihatan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: