Friday, October 30, 2015

Pengikut Twitter Siwon Cecah Lima Juta Pengikut




Siwon kini menjadi artis kpop paling banyak pengikut di Twitter.
AKAUN Twitter milik ahli kumpulan Super Junior iaitu Siwon mencecah lima juta pengikut selepas drama bersiri terbaharu lakonannya berjudul She Was Pretty ditayangkan.

Allkpop melaporkan peningkatan itu turut menjadikan dia artis kpop pertama paling ramai pengikut di laman sosial itu.

Rata-rata peminat menyukai peranannya dalam drama tersebut dan mula menyokong kariernya dengan mengikuti akaun dia di Twitter.

Malah Siwon turut menyanyikan lagu tema drama bersiri berkenaan berjudul Only Youdan turut mendapat sambutan hangat peminat.

Penyanyi itu menerusi Twitter turut melahirkan rasa terima kasih kepada peminat atas sokongan mereka terhadapnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: