Saturday, October 31, 2015

Cristina Suzanne Melukis Untuk Hindar Rasa Keseorangan




Cristina Suzanne
PETALING JAYA: Pelakon Cristina Suzanne mengakui sering membuat lakaran lukisan sebagai salah satu hobi bagi mengelakkan rasa keseorangan ketika bersendirian di rumah. 

Cristina atau nama sebenarnya, Cristina Suzanne Stockstill, 30, berkata, lakaran-lakaran lukisan itu mempunyai makna tersendiri dan akan ditampal di dinding rumahnya.

"Ya, kadang kala saya ada rasa keseorangan dan saya akan google bagaimana untuk mengatasinya. Salah satu cara ialah buat perkara yang kita suka iaitu hobi.

"Hobi saya membuat lakaran dan banyak juga lukaran yang saya sudah buat ketika saya bosan di rumah. Semuanya saya tampal di dinding, bagi saya setiap lakaran itu ada makna tersendiri," ujarnya kepada mStar Online.
Antara lakaran Cristina Suzanne yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Tambah Cristina, dia tidak pernah berniat untuk menjual lakaran lukisan yang dibuat atau mengambil serius bidang tersebut sebagai sumber pendapatan.

Sementara itu, ditanya tentang rasa keseorangan kerana masih tidak mempunyai teman lelaki, Cristina berkata, ia perkara normal yang dilalui oleh semua manusia.

"Pada saya perasaan keseorangan itu perkara normal yang dirasai oleh semua orang. Ada juga yang sudah berkahwin tapi melalui perasaan tersebut,

"Apa yang penting bagaimana kita mengatasi masalah itu," ujarnya.

Tambah Cristina, dia kini berada di zon selesa tanpa mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki.

Tambahnya, ketika ini, dia banyak memberi tumpuan dan perhatian kepada diri sendiri dan keluarga.

"Saya masih single dan berada dalam comfort zone yang mana saya rasa tidak perlu ada teman lelaki buat masa ini.

"Malaslah ada komitmen, saya lebih suka duduk rumah dengar lagu sahaja, kalau dating kena keluar duit, tak kan nak suruh lelaki sahaja belanja," ujarnya.

Perkembangan lain, Cristina berkata, dia bakal keluar dengan drama bersiri Oh My English! Class of 2015 bagi musim terbaharu.

Tambahnya, dia bakal membawakan watak sebagai seorang cikgu iaitu Miss Nurul.

"Ini kali pertama saya dapat watak jadi cikgu, bersyukur juga kerana bukan senang nak jadi cikgu," ujarnya.

Episod baharu Oh My English! ini akan disiarkan di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135), setiap Ahad, 6.30 petang bermula 1 November ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: