Thursday, October 1, 2015

Ibu bapa perlu kuasai teknologi digital



media sosial
Gambar hiasan
TAWAU - Perubahan teknologi digital yang semakin pesat menuntut kepekaan golongan ibu bapa untuk menguasainya dalam usaha mendidik dan membimbing anak masing-masing.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat berkata, kebijaksaan ibu bapa dalam teknologi itu penting bagi memastikan generasi muda berada pada landasan betul dan tidak mudah terjebak dengan sebarang kegiatan sosial.

"Pengaruh teknologi digital seperti telefon pintar, media sosial Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter amat membimbangkan kerana ia berkembang dengan pantas," katanya ketika berucap merasmikan Program Seminar Permata Hatiku Sayang, di sini hari ini.

Menurut beliau, pelbagai peralatan teknologi digital kini mendominasi kehidupan golongan remaja dan mengubah sikap serta gaya hidup mereka.
 
Katanya, peralatan digital itu juga boleh menyebabkan kelalaian serta kemesraan hubungan keluarga menjadi renggang disebabkan kurangnya berkomunikasi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: