Tuesday, October 27, 2015

Ezlynn merajuk?



Ezlynn merajuk?
Ezlynn
SUDAH lama tidak mendengar cerita mengenai penyanyi yang terkenal dengan imej rambut kerinting ini.
Agak lama menyepikan diri dalam bidang seni, pelantun lagu Hi Hi Bye Bye ini mengakui, dia bukan sengaja atau merajuk dengan industri seni tetapi punya alasan kukuh mengapa dia tidak aktif seperti dahulu.
"Saya bukan merajuk, cuma selepas berkahwin saya lebih selesa memberikan perhatian kepada rumah tangga.
"Hendak kata kecewa dengan industri memang jauh sekali," katanya.
Tambah Ezlynn, walau pun tidak aktif sebagai penyanyi, tetapi dia ada terlibat dalam bidang lakonan dan teater.
"Ada beberapa teater yang saya sertai seperti Mimpi Atilia. Ia satu pengalaman hebat bagi saya. Malah suami, Adam Fahmi yang juga pengurus saya banyak memberikan sokongan untuk menyertai bidang itu," katanya.
Selain itu, Ezlynn kini sedang sibuk memberikan fokus kepada program realiti Gegar Vaganza yang bermula minggu lalu.
"Saya harap menerusi program ini, nama saya akan kembali di ingatan peminat seni, Insya-Allah," katanya.
Ujar penyanyi berusia 33 tahun ini, dia juga sebenarnya sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.
"Memang urusan anak di tangan ALLAH SWT, tetapi saya dan suami cuba lakukan apa yang termampu.
"Lagi pun sudah empat tahun perkahwinan kami sepi tanpa kehadiran cahaya mata," katanya.
Dalam pada itu, Ezlynn memberitahu, dia tidak pernah tertekan kerana perkara itu.
"Alhamdulillah, keluarga banyak memberikan sokongan, mereka faham semuanya bergantung kepada rezeki," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: