Friday, October 23, 2015

Drew Barrymore Mengaku Kelihatan Buruk Berpakaian Mandi




AKTRES Drew Barrymore mengakui imejnya kelihatan agak buruk jika berpakaian mandi sejak bergelar ibu.

Drew memilki dua orang anak hasil perkahwinannya dengan Will Kopelman iaitu Olive (3 tahun) dan Frankie (18 bulan).

Sehubungan itu bintang Miss You Already  ini mengannggap bentuk badan tidak terlalu penting lagi selepas mempunyai anak.

"Mempunyai bentuk badan ‘hot’ tidak lagi penting buat saya. Saya ambil tahu sedikit saja," katanya yang berusia 40 tahun.

Drew berkata, selama ini dia tidak pernah kelihatan menarik memakai pakaian mandi namun ia menjadi lebih buruk selepas mendapat anak kerana mempunyai selulit.

Bagaimanapun apabila Drew cuba untuk mengurangkan berat badan dan mengawal pemakanan, ia membuatkan dia tidak gembira.

Kepada malalah People Drew memberitahu, aktiviti kecergasan tetap diamalkannya seperti bertinju dan bermain Yoga kerana berpendapat sukan itu dapat mencergaskan minda.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: