PETALING JAYA: Pelakon Kamal Adli tidak mengetahui sejauh mana kebenaran kononnya aktor Zizan Razak enggan bergandingan dengannya dalam filem sekual Abang Long Fadil 2.
Kamal, 29, sebaliknya menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pelawak itu dan terkejut apabila namanya digugurkan daripada membintangi filem arahan Syafiq Yusof itu.
"Saya sendiri keliru apabila timbul cerita-cerita kurang enak tentang kami berdua kerana setahu saya kami tidak pernah bergaduh dan sebagai seorang pelakon saya profesional jika kami digandingkan.
"Sekiranya benar nama saya digugurkan daripada membintangi Abang Long Fadil 2kerana dia enggan kami bergandingan saya rasa ia tindakan kebudak-budakkan dan apa salah saya sehingga ingin menutup periuk nasi saya?," katanya kepada mStar Online.
Kamal berkata demikian bagi menjawab gosip kononnya Zizan mula besar kepala dan enggan digandingkan dengannya dalam filem tersebut.

Kamal kini rapat dengan Emma Maembong.
Pelakon itu ditemui pada sidang media pelancaran produk terbaharu Est Cola di Sri Pentas di sini, Ahad.
Terdahulu, Zizan dalam laporan sebuah akhbar mingguan pada Ahad mengambil sikap berdiam diri daripada mengulas isu berkenaan.
Dalam pada itu, Kamal menjelaskan sekiranya benar Zizan enggan bergandingan dengannya disebabkan dia kini rapat dengan aktres Emma Maembong lelaki berkenaan sepatutnya tidak perlu menoleh ke belakang kerana kisahnya dengan wanita berkenaan sudah menjadi sejarah.
Malah kata Kamal, dia juga sudah penat memberi penjelasan sebelum ini bahawa dia bukan punca kepada perpisahan pasangan berkenaan.
"Dia lebih tahu dan tidak sepatutnya menyalahkan saya. Perkara yang sudah berlalu buat apa lagi dikenang, tolonglah 'move on'!," ujarnya.

Zizan mengambil pendekatan berdiam diri dakwaan enggan bergandingan dengan Kamal.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: