Chiu Keng Guan, berkata, jangkauan yang tinggi daripada pelbagai pihak membuatkan dia berasa bimbang dengan hasil kutipan yang bakal diterima bagi filem terbaharu itu bakal ditayangkan pada Februari tahun depan.
"Namun saya fikir balik tujuan sebenar saya buat filem adalah untuk menghasilkan cerita dan biarkan bos-bos sahaja yang fikir tentang itu," ujarnya kepada mStar Online.
Chiu berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran filem terbaharunya berjudul Ola Bola yang diadakan di Stadium Merdeka baru-baru ini.
Para pelakon dan tenaga produksi filem Ola Bola.
Filem tersebut dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Bront Palarae, Chee Jun Cherng, Saran Kumar, Lim Jian Wen, Muhd Luqman Hafidz dan Katrina Ho Fooi Tin dan dijangka ditayangkan pada Februari depan.
Sementara itu, bercerita tentang filem tersebut, Chiu berkata, cabaran utama adalah mendapatkan situasi latar belakang cerita pada era 80-an.
Katanya, banyak kajian yang perlu dilakukan terpaksa mengambil khidmat pereka grafik daripada luar negara.
"Latar belakang cerita ini ialah bola sepak era 80an dan banyak yang perlu kita kaji terlebih dahulu tentang keadaan lokasi, pemakaian, solekan dan banyak lagi.
"Kita juga menggunakan khidmat tenaga kerja luar seperti Argentina untuk memastikan teknik-teknik imej benar-benar seperti era tersebut," ujarnya.
Selain itu, Chiu berkata, dia juga terpaksa mencari lebih 40 pelakon tambahan berbangsa Inggeris dan Korea bagi menjayakan lakonan perlawanan dengan beberapa pasukan negara luar.
"Kita ada babak perlawanan dengan pasukan luar negara dan untuk itu kita perlu lebih 40 pelakon luar termasuk dari Korea. Kita mahu pelakon tersebut tahu bermain bola sepak dan ia memang satu cabaran kepada kami," ujarnya.
Dalam pada itu, Chiu berkata, penggambaran filem tersebut dilakukan selama 50 hari di sekitar lembah klang.
Filem ini mengisahkan mengenai kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: