Wednesday, October 7, 2015

Peter Davis duta baharu Power Root



Peter Davis duta baharu Power Root
Pengerusi Kumpulan Power Root, Tengku Shamsulbhari Tengku Azman Shah menyerahkan memento Extra Power Root kepada Peter Davis.
KUMPULAN Power Root mengumumkan ahli sukan seni bela diri Peter Hugh Davis sebagai Duta Extra Power Root bermula awal Oktober lalu.

Pemilihan duta baharu ini dilihat menepati pilihan sebagai Duta Extra Power Root disebabkan gaya hidupnya yang aktif dan kompetitif.

Peter Davis yang juga merupakan pelakon dan model Malaysia ini sentiasa menunjukkan keyakinan yang positif dalam apa jua bidang yang diceburinya, mesra, dikagumi ramai dan digeruni pihak lawan.

Sebagai pengeluar minuman tenaga yang terkemuka di Malaysia, Kumpulan Power Root berbangga kerana Peter Davis dapat mempromosikan produk Extra Power Root sebagai minuman tenaga yang berkhasiat, dapat meningkatkan prestasi diri demi mencapai kecemerlangan yang tertinggi.
Peter Davis sentiasa mengamalkan minum Extra Power Root sebelum memulakan latihan kerana yakin ia dapat membekalkan tenaga kepadanya untuk melalui latihan lasak dan juga ketika bertanding dalam acara seni bela diri.

"Vitamin yang terkandung di dalam Extra Power Root membantu prestasi saya berada di kemuncak dan Tongkat Ali memberi kelebihan tambahan supaya saya dapat berlatih untuk masa yang lebih lama.

“Saya mempunyai kehidupan harian yang sibuk selain daripada menjalani latihan dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk berehat. Extra Power Root membantu saya mengatasi situasi di kala merasa lemah supaya dapat berada di dalam prestasi terbaik dan menambah daya tenaga untuk menguasai kehidupan harian," katanya.

Extra Power Root adalah minuman tenaga terpilih yang membolehkan anda rasa 'Jauh Lebih Bertenaga' kerana ia membekalkan tenaga dan stamina yang berkekalan untuk melakukan senaman ringan, sukan lasak dan lain-lain aktiviti.

Selain itu, minuman tenaga Extra Power Root menjadi minuman rasmi pertandingan seni bela diri One Championship yang dianjurkan oleh ONE Championship.

Extra Power Root terdapat dalam empat perisa iaitu Extra Power Root Madu dan Tongkat Ali (bukan berkarbonat), Extra Power Root Madu dan Tongkat Ali (berkarbonat), Extra Power Root Ginseng dan Tongkat Ali, dan Extra Power Root Kurma Madu dan Tongkat Ali.

Extra Power Root menggunakan taurina sintetik untuk mencapai tahap kualiti tertinggi dan mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: