Wednesday, October 7, 2015

Bunga paling hodoh


Bunga paling hodoh

BURUK dan tidak cantik pada pandangan mata.

Itulah gambaran yang paling sesuai bagi bunga Welwitschia Mirabilis.

Ia adalah sejenis tumbuhan unik yang hanya boleh ditemui di padang pasir Namib di antara Namibia dan Angola.

Tumbuhan yang dianggap sebagai fosil hidup ini mendapat nama setelah pakar tumbuhan dari Australia, Friedrich Welwitsch menemuinya pada tahun 1859.

Jika dilihat dari rupa tumbuhan ini, ia seperti penuh dengan daun, tetapi sebenarnya ia hanya mempunyai dua daun sahaja yang mana akan terus membesar sepanjang hidup tumbuhan tersebut.

Daun Welwitschia Mirabilis selalunya dipisahkan dan dikoyakkan menjadi beberapa helai daun oleh angin dan pasir.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: