Saturday, October 17, 2015

Enggan pindah, pemaju gali lubang keliling rumah



Enggan pindah, pemaju gali lubang keliling rumah
Keadaan rumah yang telah dikelilingi lubang sedalam 1.5 meter.
WUHAN - CHINA. Gara-gara gagal memujuk sepasang warga emas untuk  keluar dari rumah mereka, pemaju bertindak mengali lubang sedalam 1. 5 meter dan 1 meter lebar di keliling kediaman pasangan itu.

Menurut Yin Yangju 52 dan suaminya Xiao Ming berkata, dia tinggal di kampung yang terletak di pinggir bandar Wuhan sejak tiga dekad yang lalu.

Sejak setahun kebelakangan ini,  pemaju cuba memujuk pasangan itu menjual rumah serta tanah kepada mereka.

Bagaimanapun pasangan itu menolak permintaan pemaju tersebut kerana pampasan yang diberikan terlalu rendah.

Memetik NetEase, kedegilan pasangan itu menyebabkan seorang lelaki yang tidak dikenali mengali lubang dengan jentolak di keliling rumah mereka sehingga menyukarkan mereka untuk keluar dan meninggalkan rumah.

Sementara itu, ketua kampung terbabit tidak mengenali individu yang bertanggungjawab menggali lubang tersebut.

Pemaju telah merobohkan 545 rumah di kawasan itu dan hanya 4 rumah masih kekal.

Penduduk yang rumah mereka dirobohkan bagaimanapun terpaksa menjual kediaman mereka walaupun pampasan yang diterima tidak berpatutan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: