Jennifer Connel
MANHATTAN - AMERIKA SYARIKAT. Tindakan seorang wanita yang ingin menyaman anak saudaranya yang berusia 12 tahun kerana telah menyebabkan pergelangannya patah ditolak mahkamah.
Sebelum ini, Jennifer Connel mendakwa tindakan anak saudaranya, Sean Tarala melompat ke arahnya semasa sambutan hari lahir ke 8 sehingga menyebabkan pergelangan tangannya patah.
Menurut Jeniffer, kecederaan yang dialaminya itu telah mengganggu kehidupannya di Manhattan.
Jennifer menuntut AS$175,000 (RM730,000) sebagai ganti rugi, lapor Westport News.
Bagaimanapun, pihak mahkamah menolak saman wanita itu kerana kecederaan yang berlaku bukanlah disebabkan oleh kecuaian kanak-kanak itu yang pada ketika itu hanya berusia lapan tahun.
Memetik DailyMail Jeniffer terpaksa memfailkan saman ke atas anak saudaranya kerana ingin menuntut insurans bagi membayar rawatan perubatannya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: