
Awal
SELEBRITI, Awal Ashaari mengakui yang dirinya kini merindui untuk berlakon semula setelah tiga tahun dilihat sepi dalam bidang tersebut. Akui Awal, sekiranya ada lamaran daripada mana-mana produser mahupun pengarah dia tidak akan keberatan untuk menerimanya.
“Saya tidak kisah jika berlakon untuk watak apa sekalipun jika ada tawaran. Saya akan ambil sahaja.
“Asalkan saya dapat melepas rindu untuk berlakon semula,” katanya ketika ditemui Zass pada majlis pelancaran katalog baharu jenama Bloom & Grow, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 34, tidak menolak yang dirinya lebih selesa dalam bidang pengacaraan.
“Mungkin antara salah satu sebab tidak mendapat tawaran berlakon apabila saya dilihat lebih sesuai dalam pengacaraan.
“Dan pernah juga sebelum ini, saya mengeluarkan kenyataan yang saya mahu berhenti dalam bidang lakonan, mungkin menyebabkan pihak penerbit atau pengarah ingat saya tidak mahu berlakon terus.
"Padahal apabila sudah lama tidak berlakon, rindulah pula dan menyebabkan saya mahu berlakon kembali,” katanya.
Pada masa sama, walaupun sudah lama tidak mendapat tawaran berlakon, tawaran lain terutama dalam bidang pengacaraan masih mendapat sambutan dan masih kekal menjadi pengacara rancangan Melodi.
“Alhamdulillah dalam bidang pengacaraan memang sering mendapat tawaran, selain Melodi ada mengacara beberapa program secara one off,” katanya.
Selain sibuk dengan kerjaya, Awal juga tidak lupa untuk menggunakan masa terluang untuk bersama keluarganya terutama anak perempuannya, Lara Alana, yang kini berusia setahun tiga bulan.
“Oleh kerana saya pergi kerja awal pagi, saya akan luangkan bersama Lara dahulu.
“Waktu lain memang tidak sempat sebab saya pulang ke rumah pun dah lewat dan Lara selalunya sudah tidur.
“Tapi seawal jam 5 atau 6 pagi, dia sudah bangun. Jadi masa itulah saya bermain dengannya," katanya.
Selain itu, Awal memberitahu, sejak dari kecil, dia dan isterinya, Scha Alyahya mengajar Lara untuk menyayangi mereka berdua dengan seimbang.
"Tiada istilah Lara lebih rapat dengan siapa, kerana kami mahu seimbangkan kasih sayangnya," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: