Shahrukh Khan dan Kajol
RAMAI yang mungkin masih ingat lagi filem blockbuster Bollywood 2010 'My Name is Khan' yang dibintangi dua pelakon hebat, Datuk Shah Rukh Khan dan Kajol.
Khan bukan nama asing dalam dunia Bollywood. Sebenarnya, nama ini telah menguasai industri filem India sejak sekian lama.
Baru-baru ini diadakan satu acara kuiz "Quiz on Bollywood Khans" di Pusat Kebudayaan India di sini. Pengacara kuiz yang tersohor, Phanindra Ivatury mendedahkan sumbangan besar pelakon dengan nama Khan kepada industri filem Bollywood.
Seperti lazimnya, Phanindra dengan caranya yang tersendiri membawa lima pasukan yang bertanding serta para penonton menelusuri pelbagai kisah yangmenarik tentang nama keluarga Khan ini menerusi soalan dan cerita.
Kuiz ini bukan sahaja membuka mata mengenai pelbagai fakta yang menarik tetapi turut menghiburkan peserta dan penonton.
Pengacara kuiz ini melontarkan banyak kisah menarik melibatkan empat nama Khan yang tersohor iaitu Shah Rukh Khan, Salman Khan, Saif Ali Khan dan Aamir Khan.
Beliau juga menunjukkan satu senarai panjang nama Khan yang tidak berapa dikenali serta bintang filem yang nama hujungnya Khan yang pernah beraksi di layar perak pada zaman sebelum itu.
KHAN MENGUASAI BOLLYWOOD
Pada pusingan awal kuiz, soalan-soalan yang diajukan kepada peserta bermula dengan empat Khan yang tidak asing lagi di Bollywood sekarang ini.
Phanindra malah menjelaskan rasional beberapa soalan yang dikemukakan dan dengan bijak juga menyatakan jawapannya.
Pada pusingan terakhir, beliau turut mengemukakan soalan berhubung sekumpulan Khan yang mewarnai industri filem Bollywood sebelum itu.
Seawal tahun 1940-an, ada seorang pelakon hebat yang begitu popular dengan nama Dilip Kumar. Nama sebenar Dilip ialah Muhammad Yusof Khan dan beliau dilahirkan di Peshawar, yang kini berada di Pakistan.
Ini diikuti oleh Feroze Khan yang menguasai dunia Bollywood pada tahun 1960-an dan 1970-an.
Kedua-dua Dilip dan Feroze adalah legenda layar perak dan kehebatan lakonan mereka menyerlahkan legasi bintang filem dengan nama Khan di Bollywood.
Dalam industri filem Bollywood, pelakon lain yang mungkin menghampiri kehebatan Khan ialah mereka yang mempunyai nama hujung Kapoor.
KEHEBATAN SHAH RUKH KHAN
Bercakap mengenai pelakon Khan yang ada sekarang, Shah Rukh yang secara mesranya dikenali menerusi singkatan namanya, SRK, berada di tempat paling atas.
Aktres wanita Bollywood, Neha Dhupia memberi gambaran yang tepat akan kehebatan Shah Rukh apabila beliau berkata "Di Bollywood yang boleh melariskan filem ialah seks atau Shah Rukh Khan".
Menurut Phanindra, Neha membuat kenyataan itu sewaktu mempromosikan filemnya "Julie" dan apabila kenyataannya menjadi heboh, beliau menambah nama Salman kepada kenyataannya itu.
Soalan Phanindra juga menyentuh keserasian gandingan SRK-Kajol memandangkan filem-filem mereka mencatat kejayaan besar.
Shah Rukh dan Kajol baru-baru ini meraikan kejayaan filem blockbuster "Dilwale Dulhania Le Jayenge" (DDLJ) di panggung wayang Marata Mandir di Mumbai.
Filem itu memecah rekod tayangan selama 1,000 minggu.
DDLJ mula ditayang kepada umum pada tahun 1995 dan filem ini meletakkan nama Shah Rukh dan Kajol sebagai pasangan hebat di layar perak sepanjang masa.
KISAH SHAH RUKH
Satu lagi cerita menarik oleh Shah Rukh, yang pada satu ketika pernah disindir Jeyabachan, bekas aktres dan isteri pelakon legenda Amitabh Bachan bahawa filem komedinya Happy New Year (2014) sebagai yang paling karut pernah beliau tonton.
Apa yang memeranjatkan ialah anak lelaki Jaya, Abhishek turut berlakon dalam filem Shah Rukh itu.
Pihak media telah mengembar-gemburkan isu ini tetapi filem yang diarahkan oleh Farah Khan ini akhirnya mendapat sambutan besar bukan sahaja di India tetapi juga di luar negara.
Sejak FilmFare Awards diperkenalkan, daripada lima filem yang memenangi kesemua empat anugerah - Aktor Terbaik, Aktres Terbaik, Pengarah Terbaik serta Filem Terbaik, tiga daripadanya dibintangi oleh Shah Rukh Khan.
Semestinya pencapaian ini begitu berharga buat aktor yang menjadi pujaan ramai ini.
Menurut Phanindra lagi, perlu juga disentuh filem Kuch-kuch Hota Hai yang melonjakkan nama Shah Rukh dan aktres-aktres Kajol serta Rani Mukerjee.
Bagi Phanindra, Kuch-kuch Hota Hai mempunyai tempat yang istimewa dalam hatinya kerana dia menonton filem itu pada tahun 1998 bersama bakal isterinya.
KHAN YANG LAIN
Terdapat satu lagi Khan lain yang memulakan karier lakonannya dalam filem 'Maine Pyar Kiya'. Berapa ramai yang sedar bahawa nama watak Salman dalam kebanyakan filemnya ialah 'Prem'.
Susuk tubuh Salman yang tegap adalah aset penting dalam memikat kaum wanita bukan sahaja di skrin malah peminatnya.
Sebelum Salman memilih untuk menjadi aktor, beliau mahu mengikut jejak langkah ayahnya, Salim Khan sebagai penulis layar. Oleh itu, tidaklah memeranjatkan apabila beliau menghasilkan skrip untuk tiga daripada filem yang dibintanginya iaitu Baghi (1990), Chandramukhi (1993) dan Veer (2010).
Keluarga Salman juga menyumbang beberapa nama Khan kepada dunia filem India.
Saudara lelakinya, Arbaaz Khan dan Sohail Khan adalah pelakon yang kurang dikenali.
Arbaaz dan isterinya, aktres Malaika Arora adalah pengeluar siri popular Dabang.
Satu lagi fakta menarik ialah bintang Hollywwod Sylvester Stallone baru-baru ini menyiarkan di Twitter akan minatnya untuk berlakon dengan Salman.
Salman juga pernah berlakon dengan aktres Hollywood, Ali Larter dalam filem Inggeris 'Marigold' (2007) yang kebanyakan penggambarannya dibuat di India.
Phanindra berkata filem Hum Aap Ke Hai Kaun yang dibintangi Salman telah memberi inspirasi kepada Karan Johar untuk menjadi pengeluar filem.
"Selepas menonton 'Hum Apke Hain Kaun', saya sedar filem India berkisar kepada nilai, tradisi, kepekaan dan kisah romantik. Ceritanya begitu menggamit," Karan, antara pengeluar filem yang tersohor pada hari ini, dipetik sebagai berkata.
AAMIR KHAN
Berikut ialah Aamir Khan, yang melakonkan watak begitu hebat dalam filem "Ghajni". Filem yang dihasilkan pada tahun 2008 adalah diambil daripada versi filem Tamil yang mempunyai tajuk yang sama dan diarahkan oleh orang yang sama iaitu A.R Murugadoss.
Aamir memegang watak ahli perniagaan Sanjay Singhania yang hilang ingatan setiap 15 minit ekoran serangan kejam. Beliau hanya mempunyai gambar, nota serta tatu bagi mengingatkannya untuk membunuh lelaki yang membunuh buah hatinya, Kalpana.
Peminat filem Hindi tidak akan dapat melupakan poster filem ini yang menunjukkan Aamir dengan wajah yang bengis memaparkan tubuh sasanya serta tatu yang dicacah di dada.
Soalan Ivatur menarik perhatian kepada tatu di dada. Apa perkataan yang terpampang di dada dan bagi peminat tegar Aamir, jawapannya mudah 'Kalpana telah dibunuh'.
Isteri Aamir, Kiran Rao, penulis-pengarah, setakat ini hanya mengarah sebuah filem yang dibintangi suaminya iaitu 'Dhobi Ghat'.

Filem pertama arahan Kiran yang dibuat pada tahun 2011 ialah Mumbai Diaries.
'Akele Hum-Akle Tum' yang dibintangi oleh Aamir Khan dan Manisha Koirala mengambil inspirasi daripada filem Kramer vs Kramer yang dibintangi oleh Meryl Streep dan Dustin Hoffman.
SAIF ALI KHAN
Soalan Phanindra yang lain memberi sedikit pencerahan akan latar belakang seorang lagi pelakon yang hujung namanya Khan iaitu Saif.
Ayah Saif ialah pemain kriket Mansoor Ali Khan Pataudi (sudah meninggal dunia) dan ibunya ialah aktres legenda Sharmila Tagore. Fakta ini dengan sendiri menjelaskan bagaimana beliau menceburi bidang perfileman.
Apa yang menarik Saif berkahwin dengan aktres jelita Kareena Kapoor dan kakak iparnya ialah Karishma Kapoor.
Ini adalah kes klasik penyatuan dua keluarga hebat Khan dan Kapoor menerusi perkahwinan dan apakah hasil daripada kombinasi ini untuk Bollywood pada masa hadapan, kita terpaksa tunggu dan lihat.
Berapa ramai agaknya tahu akan nama filem yang dibuat Saif pada tahun 2012 mempunyai tajuk yang sama dengan filem Hollywood yang dibuat pada tahun 1988 yang dibintangi Tom Cruise?
Jawapannya ialah Cocktail dibuat di bawah naungan Illuminati Films milik Saif dengan Deepika Padukone, antara aktres yang membintangi filem itu.
PENGIKTIRAFAN UNTUK KHAN
Nampaknya Khan akan terus menguasai dunia filem Bollywood dan Phanindra pula akan terus mengemukakan soalan-soalan kuiz mengenai perkara-perkara baru.
Kuiz yang dikendalikan oleh Phanindra ini berakhir dengan majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Tuan Yang Terutama T.S Trimurti.
RUANGAN TEPI PENGACARA KUIZ YANG HEBAT
Phanindra Ivatury mempunyai Ijazah Sarjana Pengurusan Kakitangan Awam dan Pemenang Pingat Kulapati K.M.Munshi dalam bidang Perhubungan Awam.
Beliau pada masa kini berkhidmat dalam kapasiti penyelia bagi pihak Pengawal dan Ketua Audit Negara India di New Delhi.
Bidang Kuiz adalah hobi yang diceburinya sejak tahun 2002 dan setakat ini beliau mengendalikan lebih 200 acara kuiz di seluruh dunia.
Beliau juga telah mengendalikan beberapa acara kuiz di Malaysia dengan topik yang berkaitan dengan India, secara kerjasama dengan Pusat Kebudayaan India, Kuala Lumpur.
Cara beliau mengendalikan acara kuiz ini yang diselang-seli dengan jenaka untuk mendidik serta menghiburkan penonton menarik penyertaaan ramai orang.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: