PORT DICKSON - Tentera Darat akan berusaha untuk menambah baik kebajikan warganya dengan memberi penekanan terhadap peningkatan tahap keselesaan bekerja dan kualiti hidup mereka.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, pihaknya akan meneruskan program pembangunan kem-kem dan pembangunan rumah keluarga angkatan tentera itu di bawah projek 'Army Care' .
Katanya, melalui program 'Army Care' yang dilancarkan pada tahun 2009 itu, sebanyak empat buah kem telah disiapkan manakala tujuh buah kem lagi sedang dilaksanakan.
"Kita juga telah mengenal pasti 10 buah kem untuk dibangunkan dalam masa terdekat.
'Army Care' ini adalah tanda aras kepada pembangunan infrastruktur bangunan kem-kem tentera darat," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: