SEJARAH membuktikan penglibatan pelakon cilik bukanlah
hanya sekadar tempelan. Lihat sahaja kejayaan yang pernah dilakar oleh
Allahyarham Bat Latif dan pelakon serta pengarah terkenal, Aziz M Osman
di luar negara.
Siapa sangka lakonan bersahaja Bat latif menerusi filem Nujum Pak Belalang ketika itu diiktiraf di Festival Filem Asia Pasifik di Jepun pada tahun 1960. Turut mengulangi kejayaan sama menerusi filem Gerhana arahan Datuk Jamil Sulong pada tahun 1964, Aziz M Osman kemudiannya mengikut jejak mengharumkan nama negara menerusi filem Sayang Anakku Sayang. Itu pun hanya selepas 12 tahun.
Meskipun sehingga kini, tidak ada lagi pelakon cilik yang mampu menyaingi kehebatan mereka, namun peranan bakat-bakat baru ini tetap menjadi keutamaan dalam industri. Kehebatan adik-beradik terkenal, Nasrizal, Nasreen dan Ngasriah Ngasri sebagai pelakon tidak perlu dipertikaikan lagi. Malah generasi baru seperti Mia Sara, Nor Heidzriq Haikal dan Balqis juga turut menjadi penyeri.
Tidak kurang hebatnya dengan bakat baru seperti Syamim Razi dan Hias Mahsuri yang ingin mencuba nasib. Bakal muncul dengan drama siri Cucu Wan Lebor menerusi RTM, dua pelakon kanak-kanak ini mengharapkan agar lakonan mereka terus menarik perhatian penonton.
Berkonsepkan santai, selain sarat elemen kekeluargaan dan persahabatan, drama 13 episod ini diarahkan Mior Hashim Manap.
Diterbitkan Raden Pictures, Cucu Wan Lebor, adalah berkisarkan tentang kanak-kanak bernama Pudin, Najwa da Ajis yang teruja memasuki alam persekolahan menengah.
Pernah dimarah guru: Syamim
Menceritakan minat mendalamnya terhadap dunia lakonan, Syamim Razi, 11, memberitahu dia pernah dimarah gurunya ketika awal penglibatan dalam dunia seni.
“Dulu masa mula-mula terlibat, cikgu agak marah tapi lama-lama, dia memahami apa yang saya lakukan.
“Biarpun kadang-kala saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana sibuk dengan penggambaran, guru sudah faham dengan situasi ini,” katanya yang mula bergelar pelakon sejak usia lima tahun dan drama pertamanya ketika itu ialah Pondok-Pondok, di TV9.
Berkongsi pengalamannya, Syamim berkata dia pernah menjadi bahan ejekan rakan-rakan hanya kerana memakai baju berwarna pink dalam drama tersebut.
“Saya tak ambil hati semua tu. Saya nak kawan dengan semua orang.
"Sejak jadi pelakon, saya rasa sangat seronok kerana ramai yang ingin berkawan dengan saya.
“Malah saya juga dapat pengalaman baru dan kawan baru ketika berlakon sama dalam drama," kata anak jati Kuala Pilah ini.
Bercerita mengenai drama terbaharunya, Cucu Wan Lebor yang akan ditayangkan tidak lama lagi di RTM, dia akui sangat teruja dapat berlakon bersama pelakon cilik lain.
"Saya sangat seronok dan teruja kerana dapat mengenali kawan-kawan baru menerusi drama ini. Biarpun tamat penggambaran, hubungan kami rapat dan sering berhubungan antara satu sama lain.
"Malah kami juga bersedih setelah penggambaran berakhir. Cucu Wan Lebor memberi saya satu pengalaman yang sangat menarik dan sukar untuk dilupakan," ujarnya yang membawa watak sebagai Ajis dalam siri itu.
Hias cepat hafal skrip
Sementara itu, berbeza pula cerita dengan anak bongsu daripada tiga beradik, Hias Mahsuri Riaz Sophian,14 tahun ini.
Baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia lakonan ketika berlakon telefilem Cucu Wan Lebor, tahun lalu, akui Hias, dia terjun ke dunia hiburan sekadar suka-suka.
"Mulanya ayah tidak bersetuju kerana risau jadual lakonan mengganggu jadual persekolahan nanti.
"Setelah menerangkan bahawa ia dilakukan pada hujung minggu barulah dia beri kebenaran," katanya yang turut membintangi drama Yang Yang Yok dan filem Jwanita.
Membawa watak sebagai Najwa, Hias berkata, pada mulanya agak sukar dia menghayati karakter budak kampung yang berperwatakan kasar.
"Tapi saya bernasib baik kerana pengarah dan kru produksi banyak mengajar mengenai teknik-teknik lakonan berkesan.
"Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar sepanjang tempoh penggambaran ini," katanya yang turut aktif dalam sukan.
Biarpun pengalaman berlakon masih kurang, Hias mempunyai bakat istimewa dalam penghafalan skrip.
“Saya cepat dalam menghafal skrip dan tidak dinafikan ia beri kelebihan buat saya. Sekiranya tidak dilakukan dengan baik maka ia akan merencatkan penggambaran,” katanya.
Ditanya mengenai jadual penggambarannya yang mungkin menjejaskan pelajaran, Hias berkata setakat ini dia tidak pernah ponteng sekolah.
“Saya agak bernasib baik kerana jadual penggambaran biasanya dilakukan ketika cuti sekolah. Saya pun tidak mahu pelajaran terjejas," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: