Wednesday, March 12, 2014

Wak Doyok tidur di gig?


WAK DOYOK


SAYU hati Mizz Lahar apabila membaca tentang kisah misteri kehilangan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang berlaku Sabtu lalu.
Tak boleh bayangkan perasaan keluarga setiap individu yang menaiki pesawat tersebut. Sehingga kini, nasib mereka tidak diketahui. Semoga semuanya selamat hendaknya.
Oh ya, pada hari yang sama kejadian itu, Mizz Lahar dan beberapa orang teman singgah di sebuah kafe di Pavilion untuk minum petang.
Dah lama kami tak berjumpa, jadi banyaklah cerita yang kami bincangkan. Daripada cerita semasa termasuklah soal edisi terbaharu beg tangan Prada sehinggalah cerita tentang catuan air!
Sedang asyik menikmati secawan air coklat panas dan sepotong snek Perancis, churos, kawan shopping Mizz Lahar, Xophiethiya Quptrianna tiba-tiba membuka bicara.
Katanya, dia yang baru selesai menonton sebuah persembahan gig sebuah band yang sedang meningkat naik di ibu kota petang itu perasan kelibat seorang fesyenista popular yang terkenal dengan imej uniknya. Siapa lagi kalau bukan Wak Doyok.
Mungkin Wak Doyok minat band itu, jadi sebab itulah dia datang. Tapi kata Xophiethiya, apa yang pelik, Wak Doyok seperti tidak menikmati persembahan band tersebut.
Sedangkan orang lain enjoy menyanyi bersama band itu, Wak Doyok pula sibuk bermain dengan telefon pintar sambil melayari laman sosial Pinterest. Dakwa Xophiethiya lagi, Wak Doyok juga melelapkan mata walaupun gig tersebut sedang hangat berlangsung.
Pada firasat Mizz Lahar, mungkin genre muzik keras yang ditampilkan kumpulan tersebut tidak kena dengan jiwa Wak Doyok.
Atau mungkin pelanduk dua serupa, agaknya si Xophiethiya nampak orang lain yang menyerupai imej Wak Doyok.
Maklumlah, imej dan fesyen Wak Doyok kan popular dan jadi ikutan ramai, walaupun tiada statistik yang membuktikan tentang fakta itu.
Mizz Lahar: Tahniah Che Ta dah hamil, agaknya apakah nama anak sulung hasil perkongsian cinta Che Ta bersama Zain Saidin itu kelak?


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: