Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 18, berkata, dia nekad bertindak demikian apabila turut disuruh melakonkan beberapa babak ranjang dan aksi panas untuk filem tersebut.
"Saya tidak diberikan sebarang kontrak untuk berlakon dalam filem itu, bayangkan bagaimana saya mahu meneruskan penggambaran, lebih-lebih lagi ianya dilakukan di sana (Indonesia) dan jika sesuatu berlaku siapa yang akan bertanggungjawab.
"Selain itu, saya disuruh melakukan aksi-aksi panas di atas katil yang mana saya tidak mahu melakukannya," ujarnya ketika ditemui selepas pratonton filem Zombi Kilang Biskut, di One Utama, malam Selasa.
Eina berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa dia meninggalkan set penggambaran filem Kuntilanak Ciliwung selepas permintaannya untuk balik ke Kuala Lumpur pada 6 Mac tidak ditunaikan oleh produksi.
Dalam pada itu, Eina berkata, dia akan mengadakan sebuah sidang media bagi menjelaskan keadaan tersebut dan membersihkan namanya.
Sementara itu, Eina turut melantik pelakon Usop Wilcha atau nama sebenar Syed Mohamad Asri Syed Osman sebagai perunding dan bertanggungjawab menyelesaikan isu berkenaan.
"Saya belajar dari kesilapan dulu, saya takut tersalah cakap, oleh itu saya serahkan pada perunding saya iaitu abang Usop Wilcha untuk jelaskan perkara ini dalam satu sidang media yang akan saya adakan nanti.
"Saya belajar dari kesilapan dulu, saya takut tersalah cakap, oleh itu saya serahkan pada perunding saya iaitu abang Usop Wilcha untuk jelaskan perkara ini dalam satu sidang media yang akan saya adakan nanti.
Sementara itu, Usop Wilcha berkata, dia terpanggil untuk menyelesaikan perkara ini selepas pelakon wanita itu menceritakan keadaan sebenar sewaktu mereka mengadakan promosi filem Zombi Kilang Biskut di Johor Bahru pada minggu lalu.
Katanya, buat masa ini pihaknya masih mengumpul bukti sebelum menetapkan tarikh sidang media bagi menjelaskan perkara tersebut.
"Eina tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sepanjang penggambaran filemZombi Kilang Biskut dan perkara ini timbul kerana beberapa perkara yang diambil mudah pihak produksi tersebut.
"Apa pun kita akan adakan sidang media dalam masa terdekat ini untuk menjelaskan keadaan sebenar," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: