Sunday, March 2, 2014

Galak lebih ramai Cina sertai pasukan polis



MOHD. BAKRI (kiri) menyampaikan anugerah peserta terbaik keseluruhan kepada Mohd. Jamizan Jamahuri pada Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 2/2013 di Pulapol, Jalan Semarak, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini melonggarkan beberapa syarat pengambilan selain mengkaji aspek penambahbaikan perkhidmatan bagi menarik penyertaan lebih ramai kaum Cina dalam pasukan keselamatan itu.
Bermula tahun ini, PDRM menyasarkan penyertaan kira-kira 5,000 pegawai berpangkat rendah daripada kalangan kaum itu secara berperingkat.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd. Zinin berkata, PDRM juga berkemungkinan mengkaji semula aspek gaji, peluang kenaikan pangkat dan sebagainya bagi menarik penyertaan kaum itu.
"Kita sasar penyertaan kira-kira 5,000 kaum Cina secara berperingkat sebab kita perlu melihat tentang kapasiti dan juga keperluan kita dalam memberikan latihan-latihan kursus dan latihan asas," katanya kepada pemberita selepas tamat Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 2/2013 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, di sini semalam.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: