- Che Hassan dan isteri berjaya mempelbagaikan produk berasaskan telur itik.
BAYU LALANG – “Sebanyak 700 itik saya mampu bertelur sehingga 550 biji dalam masa sehari,” kata seorang penternak itik di Kampung Bayu Lalang, Che Hassan Che Mod, 55, semalam.
Disebabkan bilangannya yang banyak, Che Hassan tidak menang tangan untuk mengutip setiap telur di bendang seluas 16 hektar itu.
Hanya bermula dengan 50 ekor itik, kini Che Hassan boleh diiktiraf penternak berjaya di kawasan ini.
Jika diimbas kehidupan lalunya, dahulu hidupnya ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, malah terpaksa menyara sembilan anak yang ketika itu masih belajar dan sebahagiannya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Ketika itu, Che Hassan berkata, dia tidak mempunyai pendapatan lain, selain menanam padi dan melakukan pelbagai kerja kampung.
Itik semakin membiak
Mengenangkan kehidupan yang serba kekurangan, penghulu kampung ketika itu membantunya menyalurkan bantuan 50 itik, sumbangan daripada kerajaan negeri.
Dahulu katanya, dia tidak mampu menghantar walaupun RM100 untuk empat anaknya yang sedang menuntut di universiti.
“Paling menyedihkan apabila anak kedua saya, Mohd Abdullah, 26, pernah ditawarkan menyambung pengajian ke Jordan, namun disebabkan kekangan sumber kewangan ketika itu menyebabkan dia tidak dapat belajar di sana.

"Bagaimanapun, alhamdulillah berkat doa semua pihak, itik saya membiak sehingga 700 ekor, mampu bertelur 550 biji sehari dan keuntungan menjual telur itik inilah yang saya gunakan untuk pembiayaan pengajian anak-anak," katanya.
Pelbagaikan produk telur itik
Che Hassan yang juga peserta Program Azam Tani berkata, bagi meningkatkan pendapatan, isterinya, Wan Naimah Wan Yaacob, 46, turut belajar membuat telur asin.
Menurutnya, memandangkan salah seorang anaknya pernah mempelajari teknik membuat telur asin di universiti, dia mengajar ibunya mempelbagaikan produk berasaskan telur itik.

“Hasilnya, saya bukan sahaja menjual telur mentah, malah menjadi pengeluar telur asin di sekitar Pasir Mas dan Rantau Panjang.
“Selain isteri, anak sulung, Mohd Ridwan, 27, turut membantu menguruskan perniagaan dan mempelajari selok-belok pertanian,” katanya.
Menurutnya, dia amat bertuah apabila dibekalkan motosikal roda tiga menerusi Program Azam Tani, kelolaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi) Kelantan kerana ia sedikit sebanyak membantunya memperluaskan pasaran.
"Motosikal ini saya gunakan untuk menjual sayur-sayuran, telur mentah dan telur asin.

"Syukur kerana k ami bukan sahaja dapat menambahkan pendapatan, malah turut membantu kami keluar daripada kepompong kemiskinan tegar," katanya.
Che Hassan berkata, bimbingan dan tunjuk ajar Mardi sentiasa membantunya mengembangkan perusahaan telur itik.
70 peratus keluar daripada paras kemiskinan tegar
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr Masri Muhamad berkata, menerusi Program Azam Tani, pihaknya membantu 1,700 peserta seluruh semenanjung Malaysia.
Daripada jumlah itu katanya, 390 peserta dari Kelantan, terdiri daripada golongan kurang mampu.

Menurutnya, program bermula pada 2010 itu membuahkan hasil apabila 70 peratus daripada jumlah peserta mampu keluar daripada paras kemiskinan tegar.
“Bantuan yang disalurkan merangkumi kegiatan pertanian, penternakan, menjaja, penghasilan kuih tradisional dan menangkap ikan.
“Bagi memastikan pencapaian cemerlang dalam kalangan peserta Azam Tani, Mardi sentiasa menghantar pegawai untuk memantau dan memberi khidmat nasihat,” katanya selepas program lawatan oleh pegawai Mardi. Turut serta, Pengarah Mardi
Kelantan, Aminah Abdullah dan Penyelaras Projek Azam Tani Mardi Kelantan, Fauzi Mamat.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: