SETELAH beberapa kali terjerat dengan kontroversi percintaan, Johan As'ari, mengakui dirinya semakin matang dan lebih tahu bagaimana untuk menghargai cinta, Malah akui pelakon Juvana ini, kontroversi lalu tidak langsung memberi kesan negatif terhadap diri dan juga kariernya.
“Alhamdulillah rezeki pada tahun ini sangat murah walaupun pelbagai cerita kurang enak melibatkan nama saya. Saya masih menerima pelbagai tawaran daripada produksi dan jadual saya padat sehingga Jun depan.
“Saya juga percaya kontroversi yang melanda itu tidak ada kena mengena dengan rezeki seseorang kerana ia ketentuan ALLAH,” katanya yang ditemui di majlis pelancaran program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 Hijrah di Hotel Royale Chulan, baru-baru ini.
Johan berkata, walaupun hubungan cintanya sering kecundang, namun dia tidak pernah serik untuk mencari pasangan yang benar-benar sesuai dengan dirinya.
“Apa sahaja yang berlaku dalam hidup saya sebelum ini adalah satu pengalaman dan pengajaran yang mematangkan saya.
“Istilah serik tidak timbul kerana saya yakin akan menemui wanita sesuai dengan restu ibu bapa,” katanya yang pernah menjalinkan hubungan bersama aktres seksi, Lana Nordin, selain pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita lain, termasuk, Shila Amzah, Nabila Huda dan Izreen Azminda.
Tambahnya, dia kini sedang belajar untuk memperbaiki diri sendiri dan yakin dengan jodoh yang ditentukan Tuhan untuknya kelak.
“Kalau saya mahu perempuan yang baik maka, saya harus mempersiapkan diri dan menjadi seorang yang baik. Bila saya ke arah itu, jadi Insya-ALLAH saya akan dipertemukan dengan jodoh yang baik.
“Kini saya juga semakin lebih tahu menghargai apa itu cinta. Pada saya, ia adalah satu perkara yang baik dan suci. Tanpa cinta saya bukan manusia yang baik,” katanya.
Sementara itu, Johan juga menolak persepsi sesetengah pihak bahawa kini ramai wanita takut untuk mendampinginya.
“Perkara itu tidak benar. Sejujurnya, saya memang mempunyai ramai kawan wanita. Malah, saya sekarang masih berkawan baik dengan mereka,” katanya yang bakal kembali memasuki set penggambaran sekuel, Juvana dalam masa terdekat.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: