- Kilang ais kiub di Pulau Perhentian semakin maju, sekali gus meningkatkan pendapatan penduduk di situ.
Pengerusi KBJ, Seman Muda berkata, pendapatan kilang air batu itu menunjukkan peningkatan daripada RM15,000 sebelum ini setelah mendapat kilang dan mesin baharu.
Menurutnya, ahli KBJ bersyukur kerana dengan geran bantuan oleh kerajaan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebanyak RM200,000 membolehkan koperasi meningkatkan pengeluaran ais.
“Ditambah degan permintaan menggalakkan daripada pelanggan terutama pengusaha restoran, chalet, resort, kedai runcit dan warung di pulau itu dan Pulau Redang telah berjaya meningkatkan hasil koperasi,” katanya.
Seman berkata, kejayaan ini sekali gus meningkatkan pendapatan 285 ahlinya, selain mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Katanya, perancangan perniagaan KBJ yang cekap selain menceburi bidang makanan sejuk beku, membuka perniagaan kedai runcit dan peningkatan jumlah pelancong di perkampungan pulau turut menyumbang kemajuan koperasi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: