Monday, August 22, 2011
Stacy luang masa berbuka
Biarpun bukan beragama Islam, ia tidak menghalang juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy untuk meluangkan masa berbuka bersama peminatnya.
Majlis berbuka puasa diadakan di Bora Ombak, Ampang 17 Ogos lalu, disertai 60 peminat bertuah.
Menurut Naib Presiden Kelab Stacy, Angie Frenz, Feeda Khadri, majlis berbuka puasa itu dicadangkan oleh Stacy sendiri.
“Walaupun bukan beragama Islam, ia bukan penghalang untuk Stacy meluangkan masa bersama peminatnya. Malah idea majlis berbuka puasa ini dicadangkan oleh Stacy sendiri.
“Lebih menarik, kelab peminat Stacy telah sepakat untuk memberi kejutan dengan meraikan hari jadi Stacy dan kebetulan pada 18 Ogos.
“Malah Stacy turut melahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada peminat yang meraikan hari jadinya serta berharap majlis berbuka puasa ini dapat diteruskan pada tahun-tahun seterusnya,” katanya kepada Zass.
Feeda berkata, peminat mula datang sejak jam tujuh petang dan Stacy tiba bersama pengurusnya beberapa minit sebelum waktu berbuka.
“Meskipun abang (Chaq) dan ahli keluarga yang lain berada di Sabah, Stacy tetap hadir memeriahkan majlis.
“Malah Stacy juga sempat mempromosikan album terbarunya, Stay-C yang sudah pun berada di pasaran,” katanya.
Tambah Feeda lagi, peminat yang hadir turut terhibur kerana dapat mendekati Stacy dengan lebih dekat dan berbual-bual mesra dengan penyanyi tersebut.
“Selain berbuka, mereka turut mengambil kesempatan untuk berbual-bual dan mengambil gambar dengan Stacy. Majlis tersebut berakhir kira-kira jam 10.30 malam, dan peminat yang hadir semuanya berpuasa hati kerana dapat meluangkan masa dengan Stacy,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: