
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, lokasi dipilih ini adalah kawasan strategik dan memberi impak besar kepada komuniti sekitar Perodua.
Beliau berkata, selama ini pengguna menjadikan tiang tanda Perodua sebagai tempat berteduh dan menunggu bas.
“Persimpangan lampu isyarat ini tidak sesuai sebagai tempat menunggu bas kerana selain mengganggu laluan trafik, ia juga tiada perlindungan dari panas mahupun hujan,” katanya.
Hentian bas baru ini akan memanfaatkan penduduk, pekerja dan murid-murid sekolah yang menggunakan bas serta pe-ngangkutan awam lain untuk berulang alik antara Pekan Rawang, Sungai Buaya, Bukit Sentosa, Bukit Beruntung serta Kuala Lumpur setiap hari.
Mengikut kajian yang dikendalikan Perodua, secara purata seramai 20 orang setiap jam menunggu di kawasan ini dalam jangka masa lima hari bekerja dari jam 7 pagi hingga 6 petang.
Aminar berkata, Perodua akan menilai keberkesanan projek ini dengan membuat kajian serta melihat kepada kawasan lain berdekatan yang memerlukan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: