Friday, August 26, 2011

100 juadah tradisi


Pelbagai pilihan sajian yang membuka selera ketika berbuka puasa di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort.


JIKA ingin lari daripada kesibukan kota dan berbuka puasa di tengah rimba, apa kata jika ke Bukit Kiara Equestrian & Country Resort yang terletak di Bukit Kiara, Damansara.

Dengan lebih 100 masakan tradisional ala kampung, buka puasa di sini pastinya akan terus diingati.

Nikmati hidangan tradisional Melayu yang menarik, ditambah pula dengan kepelbagaian kegemaran tempatan yang disediakan khas oleh kumpulan chef.

Di antara makanan yang disediakan adalah ikan bakar, ayam bakar, laksa Kedah, mi rebus, mihun soto, rojak buah, rojak makanan laut, air batu campur, apam balik, goreng-goreng, roti john, mi goreng kerang dan pelbagai pilihan minuman.

Sementara di kaunter bufet, terdapat menu berlainan yang ditukar setiap hari.

Bagaimanapun, setiap menu akan menyajikan lauk nasi kawah yang menjadi hidangan istimewa , bubur lambuk, pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut.

Di antara menunya adalah nasi bukhari, sup tulang rawan, bubur lambuk Kampung Baru, kerabu ayam mangga, gulai daging asam pedas, kari ketam, udang gulai tempoyak, kacang panjang goreng belacan, kuih kole kacang, kuih cara manis, cara berlauk, buah-buahan, bubur, biskut raya dan sebagainya.

Selaras dengan suasana Ramadan, persembahan Ghazal secara langsung akan disediakan untuk menghiburkan tetamu yang hadir

Kepada mereka yang ingin berbuka, bayaran yang dikenakan untuk dewasa cuma RM60 sementara bagi kanak-kanak RM40. Daripada bayaran tersebut. Untuk tempahan, hubungi 03-20941764.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: