|
|
SELAIN NEX-C3, Sony turut memperkenal sebuah kamera lagi kamera digital dengan lensa boleh ditukar dan flash terbina dalam iaitu model A35 (SLT-A35). Ia tampil dengan kepantasan gaya rakaman dan pilihan kreatif untuk jurugambar dengan pelbagai keupayaan.
Seperti yang diperkenalkan kepada model A33 dan A55, teknologi Cermin Lut Sinar oleh Sony membenarkan rakaman gambar dilakukan dengan kelajuan yang tinggi, responsif dan fokus automatik berulang sama ada anda melakukan rakaman foto atau filem HD penuh.
Model A35, melakukan kemunculan buat pertama kali tampil dengan keupayaan rakaman zoom tele berkelajuan tinggi selain, membesarkan imej pusat pada tahap 1.4 X ketika anda membidik rakaman sehingga 7 gambar sesaat (fps).
Menyediakan pengesan fokus automatik berulang untuk rakaman foto statik atau bergerak, ia ideal untuk merakamkan aksi sukan yang bergerak pantas, wajah kanak-kanak atau subjek jauh dengan satu rakaman pantas berbingkai.
Terdapat juga mod pemanduan rakaman pantas 5.5 fps yang menawarkan bidikan rakaman berulang beresolusi tinggi dengan penjejak fokus automatik (AF).
Dengan resolusi 16.2 megapiksel, sensor Exmor APS HD CMOS terkini menghasilkan perincian gambar yang menakjubkan, foto yang jelas dan imej video HD.
Melengkapi sensor yang beresolusi tinggi dan sensitiviti, cip memproses berkuasa BIONZ mampu membersih dan mengoptimumkan data imej untuk memastikan imej sempurna dan kaya warna asli dihasilkan.
Dengan sensitiviti yang maksimum, ISO 12800, ia mungkin mampu untuk merakamkan imej statik yang cantik secara asli dan video HD dalam keadaan cahaya yang rendah.
Sony A35 boleh dimiliki pada harga dari RM2,399 hingga RM2,799.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: