Thursday, August 25, 2011
Digi fahami cita rasa remaja
Faham dengan cita rasa remaja yang kini gemar berinteraksi dan bersosial di Internet, Digi Telecommunication Sdn Bhd (Digi) melancarkan promosi tambah nilai sosial super reload Impian Buddyz untuk golongan belia bersama tawaran hadiah bernilai RM250,000 bermula 8 September hingga 31 September 2011.
Ketua Pemasaran Operasi dan Kerjasama, Moharmustaqeem Mohammed berkata, promosi istimewa ini adalah satu pendekatan Digi untuk memberi perkhidma-tan lebih berkualiti kepada golo-ngan remaja dan berpeluang merebut 100 tawaran istimewa boleh dihadiri bersama tiga rakan lain.
“Kami cuba bergerak seiri-ngan dengan gaya hidup remaja justeru, inisiatif ini akan memudahkan usaha kami untuk muncul sebagi penyedia telekomunikasi pilihan kepada orang ramai dengan kadar yang mampu milik,” katanya melancarkan pakej itu di Shah Alam, semalam.
Menurutnya, kit permulaan Digi Super reload itu bukan sahaja memberi RM15 panggilan suara percuma tetapi boleh menikmati 250 penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) sesama nombor Digi percuma, 100 pesanan ringkas multimedia (MMS) sesama Digi percuma dan 100 SMS ke akaun Facebook dan Twitter percuma.
“Kami optimis jumlah penggunaan akan meningkat memandangkan penggunaan sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Raya yang menjelang tiba tidak lama lagi,” katanya.
Katanya, pakej ini juga bakal menarik perhatian pelanggan sedia ada dan baru. Jumlah pengguna remaja di kalangan jumlah keseluruhan pengguna Digi hampir 50 peratus.
“Kehadiran pakej ini diyakini mampu meningkatkan pelanggan kategori tambah nilai kerana dengan berbuat demikian mereka berpeluang menebus hadiah dan potongan istimewa dengan rangkaian seperti A-look, Crocs, Elianto, Fotokem, Genting Skyway, Silky Girl, Strarbucks dan TGV Cinema,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: